Isu berkaitan kerajaan dan ahli politik Isu berkaitan pandemik COVID-19 di Malaysia

Kegagalan pengekangan kluster Sri Petaling ketika krisis politik

    Maklumat selanjutnya: Krisis politik Malaysia 2020

Perhimpunan Tabligh Sri Petaling berlaku selari dengan krisis domestik negara yang terbit daripada pengunduran Perdana Menteri Mahathir Mohamad pada 24 Februari, yang menyebabkan kejatuhan kerajaan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan peletakan jawatan Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad. Sebelum pembentukan kerajaan Perikatan Nasional yang baru di bawah pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada 1 Mac, Kementerian Kesihatan tidak mempunyai menteri selama lebih dari dua minggu sehingga pelantikan Adham Baba pada 10 Mac. Selama itu, hanya ada nasihat dari Kementerian Kesihatan untuk mengurangkan pendedahan orang ramai.

Pada pertengahan April, Adham mengkritik pengurusan kerajaan PH terhadap kelompok Sri Petaling. Sebagai tindak balas, Dzulkefy mempertahankan persiapan kerajaan PH berkenaan COVID-19 dan mencadangkan agar Perdana Menteri Muhyiddin serta bekas Menteri Kementerian Dalam Negeri untuk bertanggungjawab atas wabak tersebut kerana pertemuan-pertemuan awam seperti Tabligh Jamaah adalah tertakluk kepada portfolionya.

Pilihan raya negeri Sabah 2020

Pilihan raya negeri Sabah 2020 dikatakan mengembalikan semula masalah penularan pandemik COVID-19 di seluruh Malaysia setelah Malaysia hampir selesai dalam pengekangan pandemik tersebut.

Darurat Malaysia 2021

Pada 12 Januari 2021, sebuah proklamasi darurat telah diisytihar sebagai langkah proaktif dalam membendung penularan wabak penyakit koronavirus 2019 (COVID-19) di dalam negara, dan dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin setelah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong. Darurat ini dikuatkuasakan hingga 1 Ogos (jangkaan) menyebabkan sistem perundangan digantung di peringkat persekutuan (Parlimen) dan negeri (Dewan Undangan Negeri). Perkara ini sekali gus menghalang penganjuran sebarang pilihan raya di Malaysia.

Sungguhpun begitu, sesetengah pihak, terutamanya pihak pembangkang mempertikaikan motif sebenar pelaksanaan darurat, yakni sama ada darurat diisytiharkan untuk mengekang pandemik COVID-19 atau bermotifkan politik; kerajaan Perikatan Nasional pada masa ini berada dalam situasi genting dengan kerajaan PN mudah kehilangan majoriti mudah. Sementara itu, para pendukung pula menyokong darurat kerana dapat menghalang sebarang pilihan raya yang boleh merebakkan lagi ancaman COVID-19, dan menyeru agar darurat dikekalkan sehingga pandemik COVID-19 menjadi lebih terkawal.[1]

Penutupan sidang Parlimen

Keputusan penutupan sidang Parlimen dalam situasi darurat menjadi pertelingkahan para ahli politik negara sepanjang proklamasi, dengan pihak pembangkang bertungkus-lumus memberi tekanan terhadap pihak kerajaan untuk membuka sidang Parlimen demi mafaat negara. Namun begitu, tidak kurang banyak yang mendukung penutupan tersebut dengan hujah bahawa penutupan sidang Parlimen dapat mengelakkan ancaman COVID-19 dalam kalangan ahli politik serta para pekerja Parlimen.[2]

Rujukan

WikiPedia: Isu berkaitan pandemik COVID-19 di Malaysia http://www.federalgazette.agc.gov.my/outputp/pua_2... http://www.federalgazette.agc.gov.my/outputp/pua_2... http://enotifikasi.moh.gov.my/DMS/Documentation/CD... https://www.abc.net.au/news/2021-01-14/malaysia-co... https://coconuts.co/kl/news/fck-politics-banner-in... https://coconuts.co/kl/news/politicianspuncavirus-... https://www.asiasentinel.com/p/malaysia-fades-in-c... https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19... https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kitamin... https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pemuda-...